Trip Pulau Pemanggil 13 & 14 Oktober 2012
Trip penutup bagi tahun 2012 telah diadakan di Pulau Pemanggil selama 2 hari 1 malam pada 13 & 14 Oktober 2012.Trip kali ini telah di sertai seramai 7 orang iaitu,saudara Alfio San Jr.,Rafique Khadli a.k.a Bro Adat,En Awal a.k.a Bro Angah,Master Rudy,Bro Fairuz,Bro Azman dan Bro Zam.
Kami menggunakan khidmat Tekong Adi dengan 2 orang awak-awaknya iaitu Pak Ngah dan Abang Leman.Kali ini banyak lubuk2 baru yang di terokai cuma terdapat beberapa masalah iaitu hujung tahun dengan hujan dan angin kuat yang kadang kala hampir ribut.Walalu bagaimanapun kali ini Team "MonsterBro" masih dapat mendaratkan 2 ekor monster iaitu haruan tasik dengan skala 15-20 kg.Diharap trip yang akan datang dapat melengkapkan lagi Team MonsterBro untuk memburu monster-monster dasar di sekitar Pulau Pemanggil.
Category:
0 comments