Laporan Trip PULAU AUR 9-11 November 2013
“TRIP PECAH TONG”
Assalamualaikum dan salam
sejahtera.Sekali lagi kita bertemu untuk laporan terkini trip yang telah
dijayakan oleh ahli-ahli komplot terlibat pada tarikh keramat iaitu pada 9-11 Nov 2013.Pemburuan
monster kali ini disertai oleh 8 orang pemancing yang bergabung bagi
merealisasikan impian.Bot TUNA BIRU dengan gabungan khidmat tekong muda dan
berpengalaman telah diberi kepercayaan untuk membongkar khazanah monster yang
terdapat di perairan Pulau Aur.
Seperti biasa kami bergerak seawal
pagi sabtu ke jeti mersing dan terus memunggah barang-barang keperluan dan
senjata masing-masing ke dalam bot yang setia menunggu.Mari kita layan gambar2
yang sempat di ‘snap’.hehe..
Posing maut dari lineup trip, berdiri
dari kiri: Alfi,khairol,bro shyful,zam,azizi
Duduk
dari kiri: Fairuz,adat,man
Sinar
pagi..subhanallah..
pemburuan
bermula..trolling time..
Teknik trolling belakang bot dimulakan dengan
menggunakan rapala red head yang sangat menawan.Kaedah trolling ini sangat
efektif dilakukan ketika waktu siang dimana bot sedang bergerak bagi memburu
spesis ikan pelagik seperti tenggiri,alu-alu,todak dan belitong.2 org sahaja yang
beraksi untuk kaedah ini,bagi yang lain-lain perlulah bersedia beraksi untuk
bergabung tenaga sekiranya rapala red head di baham pemangsa.
Perjalanan ke pulau aur mengambil
masa hampir 5jam.Kesempatan itu diambil
oleh kami dengan mempersiapkan senjata dan perambut dua mata yang kuat bagi
memburu monster dasar.Teknik bottom digunakan dengan berumpankan sotong dan
hirisan ikan selayang.Tekong menyarankan agar menggunakan perambut berkekuatan
60-80lb dan batu saiz 14 memandangkan kebanyakan spot yang akan dituju
berkedalaman hampir 70m.Setelah sampai di spot pertama,tekong memberi isyarat
supaya menghulurkan umpan.Sebaik sahaja umpan jejak ke dasar seorang demi
seorang menerima sambaran kasar dari penghuni didasar.Kerapu skala 1-2kg meriah
sekali dinaikkan oleh kami.
“Double hook” kerapu oleh master adat
Man memberi isyarat puas melayan
asakan kerapu
Zam dan Azizi sempat berposing
bersama ketarap dan tambak kesayangan beliau
Pada hari pertama spesis kerapu
banyak mendominasi tangkapan kami.Memang tak menang tangan melayan tarikan
kerapu ni, bayangkanlah umpan belum pun cecah dasar, si pelahap ni dah telan
habis sotong atau hirisan ikan yang dihulurkan.Asakan ketarap,tambak dan kaci juga sekali sekala mewarnai hari pertama kami
di spot seterusnya.Tepat jam 6pm tekong mengarahkan kami pulang ke chalet untuk
beristirehat.
Pemandangan Pulau Aur
dikala senja
Pada hari kedua, seawal pagi kami
telah bangun untuk menaiki bot.Kami diberitahu oleh tekong untuk bersiap sedia
bertarung dengan spesis merah dan kerisi memandangkan spot yang akan dibawa merupakan
spot yang sering didiami oleh spesis tersebut.Kami masing-masing bersemangat
kembali walaupun dalam perjalanan kami basah kuyup kerana bermandi
hujan.Kusangkakan hujan sampai ke petang rupanya lebat dipagi hari (main hentam
je pepatah).
Hujan di pagi hari..ada rahmat
disebaliknya..
Lebih kurang 2 jam perjalanan, bot
berhenti seketika di unjam bagi memperoleh ikan selayang untuk dijadikan umpan
segar bagi menjerat merah mega dan juga ibu kerisi.Keadaan alun ombak yang agak
kuat membuatkan segelintir ahli pening-pening lalat.Berbekalkan semangat yang
jitu, masing-masing menguatkan mental dan fizikal untuk terus memancing.Keadaan
arus bawah yang agak baik menaikkan lagi semangat kami walaupun alun agak
sedikit kuat sehingga menyukarkan untuk bergerak.
Apoll
“Full House” oleh man
Apa nak jadi,jadila….
Seterusnya tekong menuju ke spot yang
dimaksudkan.Kedalaman air yang mencecah sehingga 70 m membuatkan kami berasa
teruja untuk menduga penghuni dasar.Umpan hirisan ikan diturunkan terus hingga
cecah ke dasar.Masing-masing setia menanti dengan memegang joran untuk membuat
sentapan sekiranya umpan digetu oleh ikan.Azman yang setia duduk ditepi kiri
bot mendapat sambaran pertama.Joran melentuk liuk dengan drag kekili berdesing
menandakan ada asakan yang kuat didasar.Hasil kesabaran yang tinggi,seekor
merah berskala 2.5kg berjaya dinaikkan oleh man.Belum pun sempat bertenang,joran
milik alfi pula mendapat sambaran kasar yang membuatkan keadaan bot menjadi
riuh seketika.Merah skala 2kg berjaya ditawan.
Apabila spesis merah tengah frenzy boleh jadi double strike sekali jalan
Tekong kemudian memberi arahan
menggulung tali untuk bergerak ke spot seterusnya.Sampai sahaja di spot
seterusnya,kami semua menurunkan umpan serentak ke dasar.Keadaan arus dasar
yang agak baik memberi keyakinan kepada kami.Sedang asyik berbual mesra,satu
sambaran kuat diterima pada joran adat dan sentapan terus dilakukan,ternyata
perlawanan yang hebat dapat kami saksikan.Serentak dengan itu juga,joran milik Bro
Shyful juga menerima sambaran daripada penghuni dasar.Agak menarik apabila
dapat menyaksikan perlawanan hebat “double hooked” diantara kedua2 mereka.
Adat yang menerima sambaran terdahulu
masih belum dapat menewaskan monster dasar sementara bro shyful tersenyum riang
apabila berjaya mendaratkan spesis merah berskala 3kg.Tidak cukup dengan
itu,giliran khairol,zam dan fairuz pula mendapat sambaran dari penghuni
dasar.Begitu juga dengan azizi yang berada dihadapan bot juga mendapat sambaran
dari penghuni dasar membuatkan suasana bot menjadi sangat meriah.Adat yang tadi
bertarung akhirnya berjaya menewaskan
spesis ibu kerisi skala 3.5kg.
Adat tersenyum puas bersama lesen ibu
kerisi skala 3.5kg
Merah menyala menjadi kegilaan kaki
bottom
Azizi bersama kerapu bara beraksi
dihadapan bot
Suasana menjadi sepi bila matahari
mula membenamkan diri.Jelas terpancar wajah keletihan pada ahli-ahli semua.Tekong
kemudian membawa kami pulang ke pulau untuk berehat di chalet.Besok hari
terakhir pertarungan.Selepas makan malam, masing-masing berehat mengembalikan
tenaga untuk pertarungan terakhir esok.
Makan dalam keadaan senyum
walaupun badan letih dan kepenatan
Pada hari ketiga,seperti semalam
kami semua bangun awal pagi mengemas barang-barang untuk pulang.Semasa
perjalanan pulang tekong akan singgah ke spot terakhir.Kami semua bersiap sedia
dengan joran masing-masing kerana pertarungan terakhir kebiasaannya tidak akan
dijangka.Apabila bot sampai ke spot tersebut,seperti biasa umpan terus
dihulurkan namun kali ini batu yang digunakan hanyalah saiz 12 kerana
pergerakan arus agak perlahan.Sambaran pertama diterima oleh fairuz diselangi
dengan sambaran kedua oleh alfi.Sekali lagi “double hooked”dapat
disaksikan.Hasil dari kerjasama yang baik,mereka berjaya mendaratkan spesis
kerapu dan kerisi berskala 3kg.
Tidak terhenti disitu joran
man,khairol dan zam juga masing-masing mendapat sambaran dari penghuni dasar.Hasilnya
spesis kerapu,ibu kerisi mendominasi tangkapan kami sehinggakan umpan
habis.Adat yang belum menerima sambaran pada aksi terakhir tekad menggunakan
umpan hirisan isi kerapu.Ternyata hasil beliau berkesan dan berjaya menarik
perhatian si monster dasar.Satu sambaran yang kuat membuatkan tali memancut
keluar dengan laju sekali.Pertarungan sangat sengit sehingga memaksa kami semua
menggulung tali bagi memberi laluan kepada beliau.
Akhirnya seekor merah mega
berskala 5.3kg berjaya ditewaskan oleh beliau.Jelas terpancar wajah kepuasan
yang teramat apabila berjaya mendaratkan ikan terberat trip kali ini.Oleh
kerana umpan telah pun habis,kami membuat keputusan untuk terus pulang ke
darat.
Lenguh juga tangan nak
naikkan saiz macam ni
Sampai disini sahaja laporan kami
bagi trip penutup tahun 2013.Terima kasih kepada semua yang terlibat dan
berharap kita dapat berjumpa lagi di laporan trip yang akan datang.Terima kasih
juga kepada warga TUNA BIRU.Sekian…SALAM STRIKE dari MonsterBro Anglers!!!
Laporan disediakan oleh : Alfio Ans Jr.
Editing/Uploading : Fairuz
Category: Fish Hunter, Fishing Trip, Monster Hunting
Terbaik lah aku tgk team korang...hardcore...
ReplyDeletegood luck guys...teruskan memancing