LAPORAN Trip Pulau Pemanggil 28-31 MARCH 2013

MonsterBro | 05:02 | 0 comments


   Ahli komplot MonsterBro Anglers telah membuka lembaran tahun 2013 dengan mengadakan trip pembukaan pada 28-31 march 2013 yang lalu.Pemburuan pada kali ini masih lagi dilakukan di sekitar perairan Pulau Pemanggil bagi memburu penghuni-penghuni monster yang berlegar di dasar kawasan tersebut.

  Pada awalnya trip ini dirancang seramai 9orang,tetapi setelah tekong memberitahu bahawa bot beliau hanya dibenarkan membawa seramai 7org lanun sahaja,maka dengan itu 2org lanun tegar terpaksa menahan kegigilan dan kegetaran tangan dirumah. Setelah berbulan-bulan lamanya menunggu angin monsun reda,akhirnya tiba jua hari pertarungan yang sangat dinanti2.Berikut sedikit gambar untuk dilayan bersama bagi manampakkan ke'macho'an muka ahli-ahli komplot yang terlibat.Mari layan........           




Posing maut dari ahli komplot trip kali ini,dari kiri : Angah,Fairuz,Man,Master Adat,Faiz & Alfie (Bro Zam tgh amik gambar)



"Awal-awal lagi da keluar pegi cari umpan,set barang2 toolbox,dsb..semangat jawa la katakan,hahaha.."
  


Setelah selesai membeli umpan,brg2 makanan untuk mencekik atas bot dan juga kelengkapan yang lain,ahli komplot terus menuju ke jeti mersing dan sampai di sana pada jam 10.30malam.Kelihatan tekong dengan wajah ' macho'nya sedang menunggu dengan penuh setia.Apa lagi,upacara pemunggahan brg pun berjalan la......jangan buang masa beb!..hehehe..




Master adat bersama legend zam sedang memeriksa ikatan perambut serta senjata masing2.


"Barang dah loading,senjata dah ready,apo lagi??santai mari...."


  Pada malam pertama,(Ceh..malam pertama eh,ayat double meaning tu) tekong berhenti melabuhkan sauh disekitar Pulau Besar untuk menguji penghuni dasar.Ahli komplot pada mulanya ingin memulakan pemburuan,tetapi disebabkan faktor air yang tidak berarus (air mati),penghuni dasar tidak begitu aktif sama sekali untuk menjamah umpan yang dilabuhkan.Maka dengan itu perancangan di ubah dengan hanya berehat dan bersantai bagi mengecas kembali tenaga yang hilang semasa perjalanan dari johor bahru ke mersing...
 

"Isyarat tanda bagus,keadaan terkawal la beb.."

"Pekena teh O dulu..."

Lepas waktu subuh tekong kembali meneruskan perjalanan  ke Pulau Pemanggil dengan mengambil masa hampir 3jam.Semasa perjalanan pelbagai aktiviti yang dilakukan...Diantaranya ialah........


"Trolling belakang bot sambil baring"
 
"Tido sambil duduk..Ala2 ilmu pertapaan."

"Hah..yang ni plak tdo xbagun2.."

  Setelah sampai di lubuk pertama,maka bermula pemburuan si monster....tengah syok2 melayan apollo,tiba-tiba...."krekkkk.......!!!" joran giant tuna milik faiz a.k.a loloq melentuk2..Apakah itu??MonsterBro!!".Acara tarik menarik berlaku hampir 10minit,dan akhirnya spesis kerapu muncul di permukaan sebagai tanda lesen awal...




Faiz bersama kerapu skala 2kg..lesen beb,lesen...


  Tidak berhenti di situ,kedengaran acara tarik menarik berlaku dihadapan bot dimana amboh awak-awak ditarik seekor monster berskala 5kg.Dengan kepakaran yang ada pada awak-awak ,beliau hanya menggunakan amboh untuk menewaskan asakan sang kaci yang mengamuk didasar.Acara tarik menarik bersama sang kerapu berlarutan sehinggakan masing-masing keletihan.Tekong kemudian beralih ke lubuk kedua,iaitu kawasan karang.Pada trip tahun lalu telah tercipta rekod peribadi di sini,di mana ketarap skala 4kg telah berjaya di naikkan oleh Tuan Adat dan En Angah.

  Namun,pada trip kali ini si gigi vampire tidak kelihatan (sakit gigi agaknye).Begitu juga dengan kelibat si panjang a.k.a si tenggiri,langsung tidak menunjukkan giginya walaupun telah dihanyutkan umpan hidup untuk santapannya.Oleh kerana tiada sambutan yang disasarkan,tekong terus bergerak ke unjam untuk mencari ikan-ikan lauk bagi memenuhkan perut yang tgh berkeroncong..Dek kerana leka dengan melayan penangan merah,kerisi,selar dan kembong menggunakan teknik apollo,sedar tak sedar hari dah semakin nak bertukar gelap (malam menjelma).

Bro Adat menunjukkan rupa gigi ketarap kepada Bro Fairuz



Bro Azman: "hai,panjang oo panjang..mana ekaw ni tak makan2 lagi ke?"

Malam menjelma,masing-masing menukar teknik dengan cara membottom berumpankan sotong segar dan ikan kembung seekor untuk menjerat si monster.Pada lubuk kali ini tekong memberitahu terdapat banyak spesis tetambak,aruan tasik dan ikan karang yang lain.Kalau kene pada arusnya,spesis berskala 2-3kg amat mudah didapati di lubuk ini.Lantas dengan itu  masing-masing bersemangat untuk memburu si monster dengan menumpukan sepenuh perhatian pada jorang maing-masing.

Kelibat sotong putih yang amat frenzy timbul dipermukaan amat menarik perhatian semua.Apa lagi sementara menunggu umpan diragut,sempat jugak masing-masing menurunkan mata candat untuk memancing kumpulan sotong ni naik ke atas bot(menderhaka sekejap).Sedang asyik seronok menarik naik sotong,suasana menjadi semakin gamat apabila umpan sotong segar milik alfi dilarikan ikan berskala mega.Pertarungan berlaku amat sengit sehingga memaksa beliau berdiri bagi menahan asakan si monster.Hampir 15minit pertarungan berlarutan,namun rezeki tidak menyebelahi beliau apabila si monster berjaya menyelusup ke dalam karang lalu memutuskan tali perambut berkekuatan 80lbs.

Belum sempat hilang rasa kecewa,joran zam pula melentuk liuk menandakan umpannya telah diragut ikan.Serentak dengan itu,joran adat dan juga azman turut menunjukkan kelentukkannya.Hasil kerjasama dan persefaham yang baik,trio monsterbro ini berjaya menumpaskan spesis tetambak dengan skala 1-2kg.Belum habis disitu,kali ini giliran fairus pula menunjukkan aksi bagi mendaratkan spesis tetambak yang sedang frenzy.Alfi yang kecewa kerana putus perambut akhirnya mencuba menukar teknik bottom kepada teknik menghanyut berumpankan ikan kembung segar.Ternyata usaha yang gigih daripada beliau membuahkan hasil apabila seekor alu-alu berskala 2kg membawa lari umpan yang dihanyutkan.Pertarungan dihadapan bot oleh fais juga tidak kurang hebatnya,beliau berjaya mendaratkan spesis tetambak,kerapu dan sebagainya.

Hari semakin larut malam,kegilaan serangan tetambak sudah mulai reda dan sepi.Ada diantara ahli komplot telah menggulung tali bagi merehatkan diri dan ada juga yang masih setia menunggu jorang disentap.Lantas tekong mengarahkan untuk menggunakan umpan hirisan ikan kembong bagi menjerat si Mayong.Tekong amat yakin,ikan mayong disini agak besar saiznya dan berpesan supaya menukar tali perambut yang lebih kuat.Angah yang sejak dari tadi masih setia menunggu sentapan sang monster akhirnya tersenyum riang kerana umpannya disentap kuat oleh si mayong.Pertarungan berlaku agak sengit disebabkan sang mayong tidak mahu menyerah kalah.Pada kali ini,angah amat berhati-hati supaya tali perambutnya tidak kendur dan putus.Berkat kesabarannya,akhirnya seekor Mayong berskala 5kg berjaya dijinakkan.Terpancar kepuasan di wajah beliau setelah berjaya mendaratkan spesis mayong ini.Selepas dari itu,air mulai tidak berarus dan ini menandakan supaya masing-masing berehat bagi menyambung pertarungan esok pagi dikarang luas.

 
Bro azman sibuk melayan kawanan sotong   

Aksi dari alfi melayan tarikan si monster 


bro zam bersama tetambak


Fais berposing bersama tetambak

Tetambak skala mega oleh Fairuz

Adat tersenyum bersama tetambak skala 1kg

alu-alu tewas ditangan alfi


Mayong tunggal trip oleh Angah

Keesokan paginya,tekong membawa ke lubuk karang luas dimana terdapat pelbagai spesis yang tidak diduga berada didasar karang ini.Namun,mungkin bukan rezeki trip kali ini kerana arus yang perlahan menafikan keaktifan ikan-ikan untuk membaham umpan.Setelah puas menunggu joran disentap,tekong mengambil keputusan untuk pulang ke jeti maka dengan itu tamatla sudah pemburuan bagi trip kali ini.Insyaallah kami akan repeat balik bulan 5 nanti..Sekian...




Gaya  membangaukan diri beramai2
Sessi tido nyenyak sampai jeti beramai2

Nampaknya Bro Zam tidak mahu ketinggalan menyertai acara tido beramai2 juga



Laporan disediakan oleh : Alfio Ans Jr.
Facebook                       : Alfio San Jr.


Category: ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments

Popular Posts