“TRIP PECAH TONG”
            Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sekali lagi kita bertemu untuk laporan terkini trip yang telah dijayakan oleh ahli-ahli komplot terlibat  pada tarikh keramat iaitu pada 9-11 Nov 2013.Pemburuan monster kali ini disertai oleh 8 orang pemancing yang bergabung bagi merealisasikan impian.Bot TUNA BIRU dengan gabungan khidmat tekong muda dan berpengalaman telah diberi kepercayaan untuk membongkar khazanah monster yang terdapat di perairan Pulau Aur.
            Seperti biasa kami bergerak seawal pagi sabtu ke jeti mersing dan terus memunggah barang-barang keperluan dan senjata masing-masing ke dalam bot yang setia menunggu.Mari kita layan gambar2 yang sempat di ‘snap’.hehe..



Posing maut dari lineup trip, berdiri dari kiri: Alfi,khairol,bro shyful,zam,azizi
Duduk dari kiri: Fairuz,adat,man



Semua ahli bekerjasama memunggah barang masuk ke bot.


Sinar pagi..subhanallah..   
                                          
pemburuan bermula..trolling time..
 
Teknik  trolling belakang bot dimulakan dengan menggunakan rapala red head yang sangat menawan.Kaedah trolling ini sangat efektif dilakukan ketika waktu siang dimana bot sedang bergerak bagi memburu spesis ikan pelagik seperti tenggiri,alu-alu,todak dan belitong.2 org sahaja yang beraksi untuk kaedah ini,bagi yang lain-lain perlulah bersedia beraksi untuk bergabung tenaga sekiranya rapala red head di baham pemangsa.

Perjalanan ke pulau aur mengambil masa hampir  5jam.Kesempatan itu diambil oleh kami dengan mempersiapkan senjata dan perambut dua mata yang kuat bagi memburu monster dasar.Teknik bottom digunakan dengan berumpankan sotong dan hirisan ikan selayang.Tekong menyarankan agar menggunakan perambut berkekuatan 60-80lb dan batu saiz 14 memandangkan kebanyakan spot yang akan dituju berkedalaman hampir 70m.Setelah sampai di spot pertama,tekong memberi isyarat supaya menghulurkan umpan.Sebaik sahaja umpan jejak ke dasar seorang demi seorang menerima sambaran kasar dari penghuni didasar.Kerapu skala 1-2kg meriah sekali dinaikkan oleh kami.
 
Hulur saja umpan pasti akan diragut kasar oleh sang kerapu..

“Double hook” kerapu oleh master adat


Man memberi isyarat puas melayan asakan kerapu
     
Zam dan Azizi sempat berposing bersama ketarap dan tambak kesayangan beliau


Kaci untuk dibuat lauk santapan malam
Pada hari pertama spesis kerapu banyak mendominasi tangkapan kami.Memang tak menang tangan melayan tarikan kerapu ni, bayangkanlah umpan belum pun cecah dasar, si pelahap ni dah telan habis sotong atau hirisan ikan yang dihulurkan.Asakan ketarap,tambak dan kaci  juga sekali sekala mewarnai hari pertama kami di spot seterusnya.Tepat jam 6pm tekong mengarahkan kami pulang ke chalet untuk beristirehat.
  
Keindahan pulau aur dan pulau dayang masih lagi terpelihara..Sangat tenang..



Pemandangan Pulau Aur dikala senja

Pada hari kedua, seawal pagi kami telah bangun untuk menaiki bot.Kami diberitahu oleh tekong untuk bersiap sedia bertarung dengan spesis merah dan kerisi  memandangkan spot yang akan dibawa merupakan spot yang sering didiami oleh spesis tersebut.Kami masing-masing bersemangat kembali walaupun dalam perjalanan kami basah kuyup kerana bermandi hujan.Kusangkakan hujan sampai ke petang rupanya lebat dipagi hari (main hentam je pepatah).


Cuaca yang tidak menentu menandakan monsoon akan tiba tidak lama lagi

Hujan di pagi hari..ada rahmat disebaliknya..


Lebih kurang 2 jam perjalanan, bot berhenti seketika di unjam bagi memperoleh ikan selayang untuk dijadikan umpan segar bagi menjerat merah mega dan juga ibu kerisi.Keadaan alun ombak yang agak kuat membuatkan segelintir ahli pening-pening lalat.Berbekalkan semangat yang jitu, masing-masing menguatkan mental dan fizikal untuk terus memancing.Keadaan arus bawah yang agak baik menaikkan lagi semangat kami walaupun alun agak sedikit kuat sehingga menyukarkan untuk bergerak.
                    
                                                 Apoll “Full House” oleh man                                                 

 
Apa nak jadi,jadila….

Seterusnya tekong menuju ke spot yang dimaksudkan.Kedalaman air yang mencecah sehingga 70 m membuatkan kami berasa teruja untuk menduga penghuni dasar.Umpan hirisan ikan diturunkan terus hingga cecah ke dasar.Masing-masing setia menanti dengan memegang joran untuk membuat sentapan sekiranya umpan digetu oleh ikan.Azman yang setia duduk ditepi kiri bot mendapat sambaran pertama.Joran melentuk liuk dengan drag kekili berdesing menandakan ada asakan yang kuat didasar.Hasil kesabaran yang tinggi,seekor merah berskala 2.5kg berjaya dinaikkan oleh man.Belum pun sempat bertenang,joran milik alfi pula mendapat sambaran kasar yang membuatkan keadaan bot menjadi riuh seketika.Merah skala 2kg berjaya ditawan.


Apabila spesis merah tengah frenzy boleh jadi double strike sekali jalan

     

Lesen merah skala 2kg oleh Alfi                             



 Merah 2.5kg pembuka tirai oleh man



Tekong kemudian memberi arahan menggulung tali untuk bergerak ke spot seterusnya.Sampai sahaja di spot seterusnya,kami semua menurunkan umpan serentak ke dasar.Keadaan arus dasar yang agak baik memberi keyakinan kepada kami.Sedang asyik berbual mesra,satu sambaran kuat diterima pada joran adat dan sentapan terus dilakukan,ternyata perlawanan yang hebat dapat kami saksikan.Serentak dengan itu juga,joran milik Bro Shyful juga menerima sambaran daripada penghuni dasar.Agak menarik apabila dapat menyaksikan perlawanan hebat “double hooked” diantara kedua2 mereka.
Adat yang menerima sambaran terdahulu masih belum dapat menewaskan monster dasar sementara bro shyful tersenyum riang apabila berjaya mendaratkan spesis merah berskala 3kg.Tidak cukup dengan itu,giliran khairol,zam dan fairuz pula mendapat sambaran dari penghuni dasar.Begitu juga dengan azizi yang berada dihadapan bot juga mendapat sambaran dari penghuni dasar membuatkan suasana bot menjadi sangat meriah.Adat yang tadi bertarung  akhirnya berjaya menewaskan spesis ibu kerisi skala 3.5kg.

Adat tersenyum puas bersama lesen ibu kerisi skala 3.5kg


Merah menyala menjadi kegilaan kaki bottom

Bro shyful dengan lesen merah 3kg                   


Kalau saiz mcm ni siapa yang tak geram bro..

Azizi bersama kerapu bara beraksi dihadapan bot
Suasana menjadi sepi bila matahari mula membenamkan diri.Jelas terpancar wajah keletihan pada ahli-ahli semua.Tekong kemudian membawa kami pulang ke pulau untuk berehat di chalet.Besok hari terakhir pertarungan.Selepas makan malam, masing-masing berehat mengembalikan tenaga untuk pertarungan terakhir esok.


Makan dalam keadaan senyum walaupun badan letih dan kepenatan
Pada hari ketiga,seperti semalam kami semua bangun awal pagi mengemas barang-barang untuk pulang.Semasa perjalanan pulang tekong akan singgah ke spot terakhir.Kami semua bersiap sedia dengan joran masing-masing kerana pertarungan terakhir kebiasaannya tidak akan dijangka.Apabila bot sampai ke spot tersebut,seperti biasa umpan terus dihulurkan namun kali ini batu yang digunakan hanyalah saiz 12 kerana pergerakan arus agak perlahan.Sambaran pertama diterima oleh fairuz diselangi dengan sambaran kedua oleh alfi.Sekali lagi “double hooked”dapat disaksikan.Hasil dari kerjasama yang baik,mereka berjaya mendaratkan spesis kerapu dan kerisi berskala 3kg.
Tidak terhenti disitu joran man,khairol dan zam juga masing-masing mendapat sambaran dari penghuni dasar.Hasilnya spesis kerapu,ibu kerisi mendominasi tangkapan kami sehinggakan umpan habis.Adat yang belum menerima sambaran pada aksi terakhir tekad menggunakan umpan hirisan isi kerapu.Ternyata hasil beliau berkesan dan berjaya menarik perhatian si monster dasar.Satu sambaran yang kuat membuatkan tali memancut keluar dengan laju sekali.Pertarungan sangat sengit sehingga memaksa kami semua menggulung tali bagi memberi laluan kepada beliau.
Akhirnya seekor merah mega berskala 5.3kg berjaya ditewaskan oleh beliau.Jelas terpancar wajah kepuasan yang teramat apabila berjaya mendaratkan ikan terberat trip kali ini.Oleh kerana umpan telah pun habis,kami membuat keputusan untuk terus pulang ke darat.

Sampai ternganga matakail bila di gasak dengan ikan saiz monster


Merah mega skala 5.3kg,tangkapan terberat trip kali ini ditewaskan oleh Adat

Lenguh juga tangan nak naikkan saiz macam ni

Ibu kerisi pujaan hati

Cermin juvenil pun terjerat

Apa-apa hal kita layan gambar dulu.........




















Hasil keseluruhan trip



Sampai disini sahaja laporan kami bagi trip penutup tahun 2013.Terima kasih kepada semua yang terlibat dan berharap kita dapat berjumpa lagi di laporan trip yang akan datang.Terima kasih juga kepada warga TUNA BIRU.Sekian…SALAM STRIKE dari MonsterBro Anglers!!!




Laporan disediakan oleh : Alfio Ans Jr.
Editing/Uploading            : Fairuz



Popular Posts