Teknik Bowfishing merupakan sukan memanah ikan yang baru dan jarang di praktikkan di Malaysia.Teknik ini akan mula di praktikkan oleh Team MonsterBro Anglers pada trip bulan Mac ini.

Tujuan sukan ini di praktikkan adalah untuk memenuhi nafsu extreme di kalangan pemancing yang menginginkan pembaharuan,kelainan dan "feel" yang berbeza di dalam sukan memancing.Teknik ini juga akan dapat mendedahkan kepada Anglers mengenai teknik dan taktik di dalam sukan memanah yang di gabungkan dengan sukan memancing.

Idea ini tercetus kerana ada diantara ahli2 MonsterBro yang sememangnya berpengalaman di dalam sukan memanah menggunakan Recurve Bow dan Compund bow selama ni.Dengan ini,setting dan peralatan untuk digunakan di dalam sukan Bowfishing tidak mempunyai masalah untuk di uji dan di praktikkan.

  2 set compound bow (single cam dan hybrid cam) dari jenama PSE dan Diamond Bowtech dengan kekuatan draw weight 20-40 lbs telah disediakan dan dipersiapkan untuk tujuan ini.Sila tunggu update dari kami mengenai Bowfishing di post yg akan datang. 


 **sekadar gambar hiasan**

Popular Posts