Dari kiri Fairul,
Mawi dan Boy Plate – tgh berehat di atas bot menunggu air pasang.
Dari atas Najib,
Samsul dan Daus – hahaha tgh kepenatan menunggu masa air pasang. Bot tak dapat
keluar kalau air tak cukup dalam beb.
port pertama kami
di kawasan unjam mencari ikan lauk dan umpan ikan kembong atau selar, kalau
bernasib baik boleh dapat tongkol. Malang nye hari ini tongkol takde main..so
cari ikan kombong je la. Hasil tak menggalakkan.
tu dia awak awak
Najib Carloz kita rajin membantu keluarkan ikan dari appolo. ‘ai bang, appollo
tak pandang ke, tggu main ikan besar je ke?’
Fuh ni la rezeki
main Appollo, kadang kadang boleh dapat jemuduk, tapi kena hati2 sbb senang
teputus. Tp bagi yang pakai appollo buatan sendiri, rembat je kalau takat
sekilo mudah je nak naik.
Permainan malam
agak hampa, tetapi ape pun ada la naik ikan merah belang alu alu dengan todak
Cuma size tidak memberangsangkan. Mungkin kerana angin barat dgn arus tak
menentu penyebab ikan tidak makan.
kehampaan di muka
pemancing apabila angin masih lagi tak menentu pada ke esokan hari nya.
kehampaan pada
group kerana ikan tidak memberangsangkan. Ikan yang terakhir naik adalah ikan
ketarap ber size lebih kurang yang di naik kan oleh bro daus.
Group GT extreme
Team,
Penyanyi yang
hanya boleh nyanyi di kawasan laut dalam – MAWI
walaupun kecundang
dengan angin barat pada sesi pertama tapi masih boleh tersenyum – BroBoy Plate.
Mr santai
huhuhuhu. – Bro fairul
pemenang utk trip ni, dgn tangkapan ketarap – Bro Daus.
Abg Otai kite yang follow trip ni dr Monster Bro – Big Bro Najib
Carloz
Ahli komplot MonsterBro Anglers telah membuka lembaran tahun 2013 dengan mengadakan trip pembukaan pada 28-31 march 2013 yang lalu.Pemburuan pada kali ini masih lagi dilakukan di sekitar perairan Pulau Pemanggil bagi memburu penghuni-penghuni monster yang berlegar di dasar kawasan tersebut.
Pada awalnya trip ini dirancang seramai 9orang,tetapi setelah tekong memberitahu bahawa bot beliau hanya dibenarkan membawa seramai 7org lanun sahaja,maka dengan itu 2org lanun tegar terpaksa menahan kegigilan dan kegetaran tangan dirumah. Setelah berbulan-bulan lamanya menunggu angin monsun reda,akhirnya tiba jua hari pertarungan yang sangat dinanti2.Berikut sedikit gambar untuk dilayan bersama bagi manampakkan ke'macho'an muka ahli-ahli komplot yang terlibat.Mari layan........
Posing maut dari ahli
komplot trip kali ini,dari kiri : Angah,Fairuz,Man,Master Adat,Faiz & Alfie (Bro Zam tgh amik gambar)
"Awal-awal lagi da keluar pegi cari umpan,set barang2
toolbox,dsb..semangat jawa la katakan,hahaha.."
Setelah selesai membeli umpan,brg2 makanan untuk mencekik
atas bot dan juga kelengkapan yang lain,ahli komplot terus menuju ke jeti mersing
dan sampai di sana pada jam 10.30malam.Kelihatan tekong dengan wajah ' macho'nya
sedang menunggu dengan penuh setia.Apa lagi,upacara pemunggahan brg pun
berjalan la......jangan buang masa beb!..hehehe..
Master adat bersama legend zam sedang memeriksa ikatan perambut serta senjata
masing2.
"Barang
dah loading,senjata dah ready,apo lagi??santai mari...."
Pada malam
pertama,(Ceh..malam pertama eh,ayat double meaning tu) tekong berhenti
melabuhkan sauh disekitar Pulau Besar untuk menguji penghuni dasar.Ahli komplot
pada mulanya ingin memulakan pemburuan,tetapi disebabkan faktor air yang tidak
berarus (air mati),penghuni dasar tidak begitu aktif sama sekali untuk menjamah
umpan yang dilabuhkan.Maka dengan itu perancangan di ubah dengan hanya berehat
dan bersantai bagi mengecas kembali tenaga yang hilang semasa perjalanan dari
johor bahru ke mersing...
"Isyarat tanda bagus,keadaan
terkawal la beb.."
"Pekena
teh O dulu..."
Lepas waktu
subuh tekong kembali meneruskan perjalanan ke Pulau Pemanggil dengan mengambil masa
hampir 3jam.Semasa perjalanan pelbagai aktiviti yang dilakukan...Diantaranya
ialah........
"Trolling
belakang bot sambil baring"
"Tido
sambil duduk..Ala2 ilmu pertapaan."
"Hah..yang
ni plak tdo xbagun2.."
Setelah
sampai di lubuk pertama,maka bermula pemburuan si monster....tengah syok2
melayan apollo,tiba-tiba...."krekkkk.......!!!" joran giant tuna
milik faiz a.k.a loloq melentuk2..Apakah itu??MonsterBro!!".Acara tarik
menarik berlaku hampir 10minit,dan akhirnya spesis kerapu muncul di permukaan
sebagai tanda lesen awal...
Faiz bersama kerapu
skala 2kg..lesen beb,lesen...
Tidak berhenti di situ,kedengaran acara tarik menarik berlaku dihadapan
bot dimana amboh awak-awak ditarik seekor monster berskala 5kg.Dengan kepakaran
yang ada pada awak-awak ,beliau hanya menggunakan amboh untuk menewaskan asakan
sang kaci yang mengamuk didasar.Acara tarik menarik bersama sang kerapu
berlarutan sehinggakan masing-masing keletihan.Tekong kemudian beralih ke lubuk
kedua,iaitu kawasan karang.Pada trip tahun lalu telah tercipta rekod peribadi
di sini,di mana ketarap skala 4kg telah berjaya di naikkan oleh Tuan Adat dan
En Angah.
Namun,pada trip kali ini si gigi vampire tidak kelihatan (sakit gigi
agaknye).Begitu juga dengan kelibat si panjang a.k.a si tenggiri,langsung tidak
menunjukkan giginya walaupun telah dihanyutkan umpan hidup untuk
santapannya.Oleh kerana tiada sambutan yang disasarkan,tekong terus bergerak ke
unjam untuk mencari ikan-ikan lauk bagi memenuhkan perut yang tgh
berkeroncong..Dek kerana leka dengan melayan penangan merah,kerisi,selar dan
kembong menggunakan teknik apollo,sedar tak sedar hari dah semakin nak bertukar
gelap (malam menjelma).
Bro Adat menunjukkan
rupa gigi ketarap kepada Bro Fairuz
Bro
Azman: "hai,panjang oo panjang..mana ekaw ni tak makan2 lagi ke?"
Malam menjelma,masing-masing menukar teknik dengan cara
membottom berumpankan sotong segar dan ikan kembung seekor untuk menjerat si
monster.Pada lubuk kali ini tekong memberitahu terdapat banyak spesis
tetambak,aruan tasik dan ikan karang yang lain.Kalau kene pada arusnya,spesis
berskala 2-3kg amat mudah didapati di lubuk ini.Lantas dengan itu masing-masing bersemangat untuk memburu si
monster dengan menumpukan sepenuh perhatian pada jorang maing-masing.
Kelibat sotong putih yang amat frenzy timbul dipermukaan amat
menarik perhatian semua.Apa lagi sementara menunggu umpan diragut,sempat jugak
masing-masing menurunkan mata candat untuk memancing kumpulan sotong ni naik ke
atas bot(menderhaka sekejap).Sedang asyik seronok menarik naik sotong,suasana
menjadi semakin gamat apabila umpan sotong segar milik alfi dilarikan ikan
berskala mega.Pertarungan berlaku amat sengit sehingga memaksa beliau berdiri
bagi menahan asakan si monster.Hampir 15minit pertarungan berlarutan,namun rezeki
tidak menyebelahi beliau apabila si monster berjaya menyelusup ke dalam karang
lalu memutuskan tali perambut berkekuatan 80lbs.
Belum sempat hilang rasa kecewa,joran zam pula melentuk liuk
menandakan umpannya telah diragut ikan.Serentak dengan itu,joran adat dan juga azman
turut menunjukkan kelentukkannya.Hasil kerjasama dan persefaham yang baik,trio
monsterbro ini berjaya menumpaskan spesis tetambak dengan skala 1-2kg.Belum
habis disitu,kali ini giliran fairus pula menunjukkan aksi bagi mendaratkan spesis
tetambak yang sedang frenzy.Alfi yang kecewa kerana putus perambut akhirnya
mencuba menukar teknik bottom kepada teknik menghanyut berumpankan ikan kembung
segar.Ternyata usaha yang gigih daripada beliau membuahkan hasil apabila seekor
alu-alu berskala 2kg membawa lari umpan yang dihanyutkan.Pertarungan dihadapan
bot oleh fais juga tidak kurang hebatnya,beliau berjaya mendaratkan spesis
tetambak,kerapu dan sebagainya.
Hari semakin larut malam,kegilaan serangan tetambak sudah
mulai reda dan sepi.Ada diantara ahli komplot telah menggulung tali bagi
merehatkan diri dan ada juga yang masih setia menunggu jorang disentap.Lantas
tekong mengarahkan untuk menggunakan umpan hirisan ikan kembong bagi menjerat
si Mayong.Tekong amat yakin,ikan mayong disini agak besar saiznya dan berpesan
supaya menukar tali perambut yang lebih kuat.Angah yang sejak dari tadi masih
setia menunggu sentapan sang monster akhirnya tersenyum riang kerana umpannya
disentap kuat oleh si mayong.Pertarungan berlaku agak sengit disebabkan sang
mayong tidak mahu menyerah kalah.Pada kali ini,angah amat berhati-hati supaya
tali perambutnya tidak kendur dan putus.Berkat kesabarannya,akhirnya seekor
Mayong berskala 5kg berjaya dijinakkan.Terpancar kepuasan di wajah beliau
setelah berjaya mendaratkan spesis mayong ini.Selepas dari itu,air mulai tidak
berarus dan ini menandakan supaya masing-masing berehat bagi menyambung
pertarungan esok pagi dikarang luas.
Bro
azman sibuk melayan kawanan sotong
Aksi
dari alfi melayan tarikan si monster
bro zam bersama tetambak
Fais berposing bersama tetambak
Tetambak
skala mega oleh Fairuz
Adat
tersenyum bersama tetambak skala 1kg
alu-alu
tewas ditangan alfi
Fais berposing bersama tetambak
Mayong
tunggal trip oleh Angah
Keesokan paginya,tekong membawa ke lubuk karang luas dimana
terdapat pelbagai spesis yang tidak diduga berada didasar karang
ini.Namun,mungkin bukan rezeki trip kali ini kerana arus yang perlahan
menafikan keaktifan ikan-ikan untuk membaham umpan.Setelah puas menunggu joran
disentap,tekong mengambil keputusan untuk pulang ke jeti maka dengan itu
tamatla sudah pemburuan bagi trip kali ini.Insyaallah kami akan repeat balik
bulan 5 nanti..Sekian...
Sessi tido nyenyak sampai jeti beramai2
Nampaknya Bro Zam tidak mahu ketinggalan menyertai acara tido beramai2 juga
Laporan disediakan oleh : Alfio Ans Jr.
Facebook : Alfio San Jr.
Popular Posts
-
“TRIP PECAH TONG” Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sekali lagi kita bertemu untuk laporan terkini trip yang telah dija...
-
Teknik Bowfishing merupakan sukan memanah ikan yang baru dan jarang di praktikkan di Malaysia.Teknik ini akan mula di praktikkan oleh Tea...
-
Jemputan trip memancing di Sedili bersama rakan2 pemancing dari Pasir Gudang Johor Tekong : Pak Deris Tarikh : 21 April 2014 ...
-
Dari kiri Fairul, Mawi dan Boy Plate – tgh berehat di atas bot menunggu air pasang. Dari atas Najib, Samsul dan Daus – hahaha tgh k...
-
Lokasi : Desaru/Tanjung Lompat Tarikh : 11 Mei 2014 Captain : Ctam Desaru Boatman Bro2 MBA yg terlibat: Fairuz Alfio San Jr. Puteh a.k...
-
Trip penutup bagi tahun 2012 telah diadakan di Pulau Pemanggil selama 2 hari 1 malam pada 13 & 14 Oktober 2012.Trip kali ini telah d...